..Walaupun jalan itu seakan masih jauh dan panjang,aku akan merintisnya perlahan-lahan kerana di sepanjang laluan itu, aku belajar erti sebuah kehidupan..
Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: "Sekiranya kamu semua mahukan kehidupan dunia (yang mewah) dan perhiasannya (yang indah), maka marilah supaya aku berikan kepada kamu pemberian mut'ah (saguhati), dan aku lepaskan kamu dengan cara yang sebaik-baiknya."
Dan sekiranya kamu semua mahukan (keredhaan) Allah dan RasulNya serta (nikmat kemewahan) di negeri akhirat maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi orang-orang yang berbuat baik di antara kamu pahala yang besar.
Wahai isteri-isteri Nabi, sesiapa di antara kamu yang melakukan sesuatu perbuatan keji yang nyata, nescaya akan digandakan azab seksa baginya dua kali ganda. Dan (hukuman) yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya.
Dan sesiapa di antara kamu semua tetap taat kepada Allah dan RasulNya serta mengerjakan amal yang soleh, Kami akan beri kepadanya pahala amalnya itu dua kali ganda, dan Kami sediakan baginya limpah kurnia yang mulia.
Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa.. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).
Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu, wahai ahlulbait dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).
Dan ingatlah (serta amalkanlah) apa yang dibaca di rumah kamu dari ayat-ayat Allah (Al-Quran) dan hikmah pengetahuan (hadis-hadis Rasulullah). Sesungguhnya Allah Maha Halus tadbirNya, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.
Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah,dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.
kak munie..^^ no prob..peringatan buat diriku juge.sobs alhmdulillah. baik jee.. akak, dgr cte nk smbg master kt utm?? ye ke?? marilah pulang ke cni..sudah lme xbertemu..:) (dah buat conversation la pulak) XD
Dan segala-galanya dari kehidupan ini hanyalah untuk Allah..
Ku mahu menjadi DAEI.
sentiasa dan selamanya..
Kerna hanya dengan itu sajalah, aku merasakan diriku mampu hidup dan bernyawa..
Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak!
*afninatasya@gmail.com
"Berangkatlah kamu baik dalam keadaan ringan atau pun merasa berat,dan berjihadlah dengan HARTA dan DIRIMU di jalan Allah.yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui "
Kata kata juga akan menjadi beku, meski ditulis dengan lirik yang indah dan bersemangat.
Kata kata akan menjadi seperti itu bila tidak muncul dari hati orang yang kuat meyakini apa yang dikatakannya.
Dan seseorang mustahil memiliki keyakinan kuat terhadap apa yang dikatakannya, kecuali jika ia menterjemahkannya apa yang ia katakan dalam dirinya sendiri,
4 orang yang dikasihi Allah..:
tasya.. :)
thank u ats perkongsian..
sihat.? :)
kenapa lah kebanyakan entri kamu semua terkesan..? terima kasih untuk ilmu ini..
kak munie..^^
no prob..peringatan buat diriku juge.sobs
alhmdulillah. baik jee..
akak, dgr cte nk smbg master kt utm?? ye ke??
marilah pulang ke cni..sudah lme xbertemu..:)
(dah buat conversation la pulak) XD
faidhi: moga bermanfaat bro~~
Post a Comment