Pages

Saturday, April 16, 2011

selamat pengantin baru~! ^^

bismillah..


[latar belakangnya adalah lagu Barakallah - Maher Zain] 


Semalam, sebelum pulang ke rumah..
saya sempatlah pergi majlis walimah Brother Jaysuman & Kak Fatin..:)
Alhamdulillah..mereka pilih hari jumaat yang penuh berkat dan keberkatan tu pun terasa sepanjang berada di dalam majlis tu..^_^


tahu tak, saya sebenarnya tak suka sangat pergi majlis kahwin ni kecualilah ia ni melibatkan ahli keluarga dan saudara - mara yang terdekat
selalunya kalau mak ayah ajak pergi kenduri kawan-kawan mereka atau siapa-siapa yang saya tak berapa nak kenal, mulalah saya mencari bermacam-macam alasan untuk tak nak pergi..
dan biasanya alasan tu adalah alasan yang boleh buat orang rasa nak sekeh-sekeh je saya ni..=.='


"malas nak iron baju.."
"malas nak pakai baju kurung.."
"takde kawan la nanti.."
"nanti tak tau nak borak dengan sape.." 
"takde baju sesuai yang nak pakai la.."


Keberkatan.itu.penting..


honestly, saya sangat kagum dengan majlis walimah Bro Jaysuman semalam
sebab apa? sebab saya tak pernah pergi majlis perkahwinan yang simple macam tu 
antara sebab kenapa saya saya ia sangat simple adalah sebab tetamu makan bersama dengan menggunakan talam..[ sape tak tau talam tu ape? mengikut kamus diri saya, talam adalah sejenis dulang besar berbentuk bulat yang biasa saya nampak nenek saya gunakan untuk meletakkan kuih seperti karipap yang belum digoreng]


waaa...part makan guna talam tu membuatkan saya sangat kagum la.
sebab selama ni saya pergi kenduri kahwin, mesti makanan banyak yang akan membazir
ye la, dapat makan free..so masa ambik makanan tu macam orang kebuluran tak makan seminggu..=.='


tapi semalam..
makan beberapa suap pun dah rasa kenyang [ni betul ok]
sungguh..jimat dan berkat kalau makan guna talam ni..
tak pernah cuba? try la..bukan takat dapat kenyang je, tapi dapat rapatkan ukhuwah jugak
selalunya time pergi program mesti makan macam ni tapi untuk kenduri kahwin, inilah kali pertama..:)


diiringi qasidah burdah yang menjadi kegemaran Bro Jaysuman sepanjang majlis tu
teringat pulak macam mana saya boleh kenal dengan beliau..


erm..saya kenal bro Jaysuman ni masa saya join kelab bawah Pusat Islam UTM yang mana ada program dakwah yang dilakukan untuk menarik minat non-muslim terhadap islam
penceramah utamanya, tak lain dan tak bukan adalah Bro Jaysuman ni sendiri..
saya pun kagum dengan beliau
kegigihan dan semangat beliau untuk berdakwah memang saya respek la..


beliau berdakwah menggunakan cara membuat perbandingan antara agama memang menarik
" Comperative Religion Sharing".. selalu juga diadakan kat kolej-kolej di UTM ni
menariknya sebab kita boleh belajar pasal agama yang lain juga di mana akhirnya kita akan dapat menilai sendiri antara banyak-banyak agama ni, pasti ada satu-satunya yang terbukti benar..
dulu, penah lah jugak saya pegi "Comperative Religion Sharing Training".. tujuan nye supaya nanti boleh lah cerita pasal islam kat kawan-kawan yang belum islam ni, tapi tu la,,pegi dua tiga kali je, lepas tu TER stop.. alahai..=.='


satu kata-kata yang saya tak boleh lupa adalah persoalan yang sering Bro Jaysuman ni tanya di akhir setiap ceramah beliau
" Why u choose to be a Muslim??"
[haa..jawab sendiri] 


Moga Berbahagia...


ucapan untuk Bro Jaysuman & Kak Fatin.. (walaupun tahu hampir mustahil mereka akan membaca ucapan ni] X)


Moga perkahwinan kalian berkekalan hingga ke syurga..


" Lets raise ur hand and make du'a
  like a prophet told us
  And with one voice let's us say..
  بارك الله لكما وبارك عليكما
  وجمع بينكما في خير "  :)


Budak yang macam-macam..


selepas habis makan dan berjumpa pengantin
saya pun nak gerak balik kolej bersama teman, cik shafiqah ahmad
yang kelakarnya..
saya pandang dia
dia pandang saya
dua-dua tersenyum-senyum..^^
haha...tau dah ape yang ada dalam hati masing-masing..


"bestnye kalau kawen macam ni" 
"nanti nak buat kenduri macam ni jugak la"


ok.cukup..tak boleh bagitau tu kata-kata dari mulut siapa..:D


perfecto! ^_^

3 orang yang dikasihi Allah..:

Anonymous said...

salam . . saya pon pernah hadirkan diri dlm program bro jaysuman tu . . .

rasa amat kerdil . . bagaimana seorg revert mempunyai ilmu islam yg lebih dr kita sendiri yg telah islam sejak lahir. . malu rasanya . .

ia telah men'trigger' diri, supaya lebih3 mendalami islam tu sendiri . . . lebih dalam . .

to Bro Jaysuman & Kak Fatin.. (walaupun tahu hampir mustahil mereka akan membaca ucapan ni] X)<--- copy dr atas

moge3 terus thabat dlm jalan ini . . teruskan usaha dakwah mu, menjadi pemangkin semangat utk mereka yg lain . . . semoga berbahagia hingga ke Jannah . . . ~!

::afni natasya:: said...

w'salam..

speechless..[rasa kerdil juga ketika mendengar ceramah beliau]

ayuh..terus memperbaiki diri. kita tak mahu hanya menjadi penonton, tapi kita juga mahu menjadi pendukung agama ini..:)

*anonymous perlu lebih berusaha untuk elak drpd dikenali oleh saya..^^

Anonymous said...

insyaAllah . . ayuh3~ sama2 menjadi pendukung agama ini!

41:33

*Anonymous refers to something or someone whose identity is not currently known

^_^

Post a Comment