Pages

Tuesday, October 18, 2011

lari laju-lajuuu!


" Lari laju-laju ..laju sampai SYURGA!"

Bismillah..

Assalamualaikum..^^
Di celah-celah timbunan segala macam esaiment dan test, tangan ni dipaksa menaip apa saja yang terasa nak ditaip. eh? adakah blog tempat meluahkan perasaan?
hmm..mungkin ya mungkin tidak..
Ada benda tak perlu untuk dicanangkan ke satu dunia, cukup untuk 'kita-kita' je..
tapi ada perkara yang kita mesti beritahu kat orang lain.
sebab perkara itu adalah tanggungjawab..
erk.faham ke?

Honestly, rasa macam masa sangat cepat berlalu..
bila fikir-fikir balik, berapa banyak perkara bermanfaat. again..bermanfaat, yang saya dah habiskan dalam setiap masa-masa yang saya ada
pegi kuliah, balik kuliah, siapkan esaiment..
adakah hidup saya akan jadi bermakna dengan hanya melakukan perkara tu setiap hari?

Jadilah manusia yang luar biasa!



terkesan dengan daurah bersama tok guru tempoh hari
rasa macam ditampar-tampar pulak dengan setiap kata-kata yang tok guru cakap
tambah lagi dengan 'drama' yang terjadi pada malam tu (harap tok guru tak baca blog ni)
lagi lah saya rasa seperti sedang di ugut sama ada mahu kekal pada 'jalan' ini atau akan menjadi salah seorang yang akan ditapis keluar
kenyataan itu memang selalunya pahit kan?!

bersyukur lah bila Allah memilih untuk berada di sini
makanya, kesyukuran itu tidak mengajar saya untuk berdiam diri
bak kata tok guru,
Tarbiyyah tidak mengajar kita untuk tersenyum sorang-sorang..
tak kisah lah berapa ramai orang yang akan terkesan dengan dakwah kita
sebab Allah akan menilai usaha bukannya hasil!

dan..
pastinya orang yang biasa-biasa tidak akan mahu memilih jalan ini
ia pastinya akan menuntut segala macam pengorbanan dari kita
tapi..jangan risau!
kuatkan hati dengan janjinya bahawa pengorbanan ini bukannya sia-sia malah ia satu pertukaran yang lebih baik dari Allah..

" Wahai orang-orang yang beriman! Maukah kamu Aku tunjukkan suatu PERDAGANGAN yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?"

" (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan HARTA dan JIWAMU. itulah yang LEBIH BAIK bagi kamu jika kamu mengetahui" (61: 10-11)

Sayonara Jahiliyyah



Nak panjat bukit yang tinggi..
jangan bawak barang yang berat-berat.
Takut nanti akan tergolek jatuh ke bawah sebelum sampai ke puncak..

jahiliyyah yang ada dalam diri pun begitu jugalah
ia pasti akan menarik-narik si pembawanya semakin menjauh dari jalan yang sepatutnya tanpa disedari
jadi, tinggalkan semuanya!
bawak apa yang perlu sahaja..


inilah hakikatnya..dush!
tapi..
susah..:(

"Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsu sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan sepengatahuannya, dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup atas pengelihatannya? Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah (membiarkannya sesat). Mengapa kamu tidak mengambil pengajaran?" (45: 23)

bila tersedar akan jahiliyyah yang masih bergelak ketawa dalam diri
itu tandanya yang Allah masih sayang dan memberikan peluang
inilah masanya..
esok belum tentu ada untuk kita kan?

tidak ada istilah terlewat bagi mereka yang mahu memulakan..
ayuhlah!
tinggalkan jahiliyyah itu!
moga-moga Allah melajukan kaki kita di jalan ini..
moga-moga Allah semakin meredhoi setiap hembusan nafas di sebalik pendakian ini..
moga-moga hati semakin tenang untuk terus berlari mengejar syurgaNya..

Yakinlah..
semua ini tidak akan sia-sia..
berkorbanlah untuk agamaNya..
Jika yang dikorbankan itu memang milik kita, pasti Allah akan kembalikan
dan jika bukan, pasti Allah akan gantikan dengan sesuatu yang jauh lebih baik..

insyaAllah..

Tamannau ya ukhti!

2 orang yang dikasihi Allah..:

Anonymous said...

ayoh!
SJ! SJ! SJ!

Doakan kakak mu ini dong...

Rindu sangat nk bercurheart dengan tasya...

::afni natasya:: said...

ayuh! ayuh! ayuh! ^^

always~
doa buat semua akhawat sentiasa ada,i'Allah..

waa..rindu juge kpd akak anonymous..
(even xtau sp tp rs nye hati kt dekat) ;)

Post a Comment