Tuesday, January 18, 2011
tangan
nilaian pada mata manusia takkan sama dengan nilaian tuhan
berbaik sangkalah padaNya
di situ ada redha yang kamu cari
yakinilah sayang..
takdir tuhan itu ketentuan yang terbaik
tangan itu..
harus diajar untuk jadi kuat
[afni natasya]
[180111]
[1158]
Labels:
bicara hati
lalu kita berada di mana?
bismillahirrahmanirrahim..
membaca tulisan itu membuatkan jiwa terasa sebak
terasa ianya ditujukan tepat buat aku
lantas memaksa aku lebih gigih berusaha untuk membasuh dosa semalam yang masih berbekas..
jujur..aku mahu kongsikan ia dengan kalian
moga kalian juga turut mengerti apa yang aku rasa
"jika seseorang bermaksiat kerana syahwatnya dan kemudian dia meminta ampun, maka harapannya masih tinggi agar Allah mengampuni dosanya, tapi sedarilah ada juga manusia sombong yang berbuat dosa tapi merasa dirinya baik-baik sahaja..
mari aku ingatkan engkau dengan kisah adam dan hawa yang berdosa kerana syahwatnya,
tetapi Allah masih mengampuni dosa mereka
sedang iblis yang berdosa dan durhaka masih bersikap sombong
lantas dilaknat Allah sehingga ke saat ini..
ketika itu dia menangis..
mengkhabarkan padaku tentang orang yang paling rugi amalnya
“yaitu orang yang telah sesat upayanya dalam kehidupan dunia,
lalu dia menyangka bahwa dia telah berbuat sebaik-baiknya.”
ketahuilah..
hukuman terbesar buat mereka yang bermaksiat ialah rasa tenangnya hati
tidak terasa berdosa pabila berbuat dosa
tidak menyedari bahawa setiap dosa itu akan mengundang bala
maka..berntunglah orang yang tatkala melakukan dosa jiwanya terasa gelisah
kerana..dalam hatinya masih punya sekelumit iman untuk dijadikan kekuatan memohon keampunan..
sahabat..mari menilai diri kita sendiri saat kita berbuat dosa.
adakah kita masih terasa seperti tiada apa-apa??
maka kita tempatnya berada di mana?
~inspirasi dari tulisan Salim A.Fillah
[afni natasya]
[1250]

Sunday, January 16, 2011
buatmu umat muhammad saw
bismillahirrahmanirrahim..
dah lama saya dok mencari video ni semenjak kali pertama saya melihatnya di fb..
time tu tak dapat nak download jadi saya 'kehilangan' video ni untuk sekian lama jugak la..
tup tup hari ni saya jumpa balik video ni kat blog seseorang..
terima kasih buat tuan punya blog yang saya tak kenal
dan untuk pencipta video ni yang saya kira memang terbaik la..
perkongsian buat kalian yang bergelar umat nabi muhammad saw..
buat renungan kita bersama..
* cintailah baginda kerana baginda amat menyayangi kita..
p\s: credit to salafus soleh..

islamku indah
Saturday, January 15, 2011
program:hidup untuk memberi
bismillahirrahmanirrahim..
saya ingat lagi lagu ni,lagu yang penah kami nyanyikan sewaktu mengikuti kem kepimpinan pelajar semasa di tingkatan lima..
sebenarnya saya mahu berkongsi, apa yang saya dapat dalam program HEWI semalam..
buat saya untuk lebih mengingati, dan buat anda untuk merenungi..
kerana tuhan itu Maha Pemberi..maka,kita sebagai hambaNya juga punya sifat yang sama
Allah memberi kita berbagai-bagai nikmat untuk kita memberi kepada manusia yang lain juga
kebaikan itu harus dibalas dengan kebaikan yang lebih baik
memberi bukan hanya pada wang ringgit atau segala macam benda
tapi memberi itu juga pada apa yang tak terlihat dek mata kita..
ikhlas!
sesuatu yang nampak sedikit tetapi diberi dengan ikhlas itu jauh lebih baik daripada memberi sesuatu yang banyak tetapi pemberian itu diselimuti dengan bangga diri dan riak..
memberi untuk mendapat sanjungan,itu tidak memberi apa-apa makna..
memberi untuk menunjuk kelebihan diri,itu juga tiada nilaian di sisi tuhan
sudahlah pahalanya tiada,dapat dosa pula!
bukan semua orang mampu memberi
dan bukan semua orang yang memberi mampu memberi dengan seikhlas hati..
saya definasikan ikhlas bila kita mampu memberi tanpa mengharapkan apa-apa balasan terhadap pemberian itu waima ucapan terima kasih sekalipun
maka di situ ada ikhlas..
harapannya hanya untuk mengharapkan ganjaran dari Allah semata-mata..
Allahu Allah..saya juga kadang tak mampu begitu
diri ini kadang memberi kerana mengharapkan sesuatu kembali
naifnya kamu wahai diri!
BERILAH KEMAAFAN
orang yang sukar memberi maaf hidupnya pasti sukar
tanda pemberian selama ini tidak seikhlas jiwa maka mudahlah kebencian datang bersarang di dalam hati bila janji tak ditepati
sukarnya hidup bila hati asyik berkata benci
hatimu tidak akan tenteram..
maka maafkanlah mereka yang melukai hatimu kerana mereka juga hanya manusia biasa
jangan diharap apa-apa balasan terhadap segala kebaikan yang pernah engkau lakukan
lagipun..
besar sangatkah dosanya pada engkau berbanding dosa dirimu kepada Allah??
Allahu Allah..maafkanlah
moga-moga Allah mengampuni dosamu juga..:')
"tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima
menolong orang jangan harap balasannya
biar dengan ikhlas janganlah separuh hati
tiap yang berbakti Tuhan Maha Mengetahui"

Thursday, January 13, 2011
BUNGA
kita pernah bercita-cita untuk punya ladang bunga
dan kita berjanji untuk menjaganya bersama
adakah kamu ingat lagi
ladang bunga kita pernah rosak dilanda ribut
saat itu, aku bersungguh-sungguh membajainya kembali
kerana aku tidak mahu ladang bunga yang kita pertahankan setelah sekian lama itu musnahnya sia-sia
adakah kamu ingat lagi
bunga-bunga yang kita bajai itu pernah berbunga wangi
aku senang sekali melihatnya mekar memenuhi ladang kita
katamu..kamu akan membantuku menjaga ladang ini
dan aku masih mengingati kata-kata yang yang kamu ucapkan itu
aku pergi menjengah ladang kita
tapi aku melihat merah bunga kita sudah semakin menguning
dan disebalik bunga yang layu itu aku terlihat kelibat kamu sedang menyembur racun pada bunga-bunga yang pernah aku bajai dahulu
bila aku bertanya, kamu katakan yang kamu sudah lelah menjaga ladang bunga kita lantas kamu mahu bunga itu mati sahaja
hari ini
aku datang ke ladang bunga kita lagi
aku lihat bunga merah kita sudah banyak menyembah ke bumi
Aduhai..
Aduhai..
sayangku pada bunga sudah bertukar benci kerana warnanya sudah tidak berona merah
aku juga sudah penat untuk terus membajainya seperti dahulu
mungkin benar kata kamu..sayang kita pada bunga tak mungkin selamanya..

[13012011]
[1046]
Labels:
bicara hati,
tasya
Wednesday, January 12, 2011
pesan buat kalian
bismillahirrahmanirrahim..
kerana saya tahu yang kalian akan hadir di laman ini maka saya nukilkan entri khas buat kalian..siapa? Aha..siapa makan cili akan terasa pedasnya kan?
pertama,
menilai saya tanpa mengenali siapa saya sebenarnya adalah satu kesilapan..
mungkin saya bukanlah sebaik-baik perempuan,tetapi saya tidaklah seteruk yang kamu sangkakan..
kedua,
saya gembira dengan takdir ini..
takdir yang sedang menemukan kita walaupun caranya tak berapa nak best..
dan saya memandang apa yang sedang berlaku ini sebagai salah satu pengajaran dari tuhan buat insan yang mudah lupa seperti saya
dan alhamdulillah,tuhan itu tak kan pernah mengecewakan hambaNya...
selepas satu demi satu cerita,saya percaya yang saya tak menyesal dengan apa yang pernah saya luahkan kepada kalian (walaupun ayat saya mungkin kasar)
ketiga,
saya yakin dengan janjiNya..
buat baik akan dibalas baik,buat jahat akan dibalas jahat..
itulah hukumnya kan? walaupun tidak di dunia, di akhirat pasti akan ada balasan yang setimpal..
ya..saya serahkan segalanya kepada tuhan untuk Dia tentukan, itu lebih mudah bukan?
keempat,
cerita ini tamat
p\s: saya juga manusia biasa seperti kalian,punya hati dan perasaan.. saya tak mungkin lupa,pada setiap kata-kata yang saya baca. ya,,semuanya tidak akan mudah kan?tapi percayalah,orang yang sewenang-wenangnya melukai hati orang lain itu takkan beroleh bahagia~

contEng
Tuesday, January 11, 2011
doa buat teman..:)
bismillahirrahmanirrahim..
entry ni khas buat teman yang berada di Tanta..:)
diharap ang akan tersenyum bila baca entry ni..wewewe
perkenalan kita bermula di sini..
walaupun perkenalan kita hanya setahun je kat matrik,tapi terasa ikatan yang terjalin terus kukuh sampai ke hari ni. betul la, bila bersahabat kerana Allah, manisnya tu akan lebih terasa..dan harapnya persahabatan kita akan terus macam ni dan kekal hingga ke syurga..:)
so tikah,disebabkan ucapan birthday aku kat ang pnjg,aku pun tak dapat la nak tulis kat fb je.takut nanti tido malam aku tak lena dek memikirkan ucapan yang tak habis..wewewe
buatmu yang bernama teman..
*moga beroleh apa yang diidamkan dalam kehidupan ni..ye dr! nanti bleh la bagi treatment free kt aku..:D
*moga panjang umur untuk terus menambah amal kebaikan buat bekalan di sana nanti. meningkatnya umur tanda kematian tu semakin hampir,bukan tanda kita kita semakin bebas hidup dengan pilihan kita sendiri..
*moga terus istiQamah dengan jalan yang dipilih ini..kita akan saling mengingatkan ya..
*terima kasih untuk segala kenangan kat kmpp..paling terkesan,pertemuan pertama dengan usrah kak kin banyak mengubah segalanya. terima kasih sebab ajak aku time tu,hanya Allah je yang mampu balas segala kebaikan ang kat aku..:')
*moga Allah terus meredhai kehidupanmu,teman..

| miss kmpp very much! |

sanah helwah ya ukhti

| aku harap ang redha dgn pic ni..hikhik |
“Your best friend is the one who seeing him reminds you of
Allah, speaking to him increases you in knowledge, and his
actions remind you of the Hereafter.” Prophet Muhammad
(pbuh)
demi sebuah jawapan..
bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum..
apa khabar hati? moga masih tunduk pada kebenaran yang hakiki..
apa khabar iman? moga terus istiqamah dan bertambahlah kebaikan..
kita ini ibarat musafir di sebuah perjalanan. kita akan terus berjalan,menuju ke sebuah destinasi ke negeri yang abadi. sungguh,perjalanan ini payah namun kita tak punya pilihan..diri harus dipaksa untuk terus berjalan biarpun kerap kali kita tersungkur. mujur ada tangan yang sudi membantu saat kita jatuh, memujuk saat kita hampir berputus asa kerana mahu atau tidak..perjalanan ini masih perlu dihabiskan.
bila saatnya kita jatuh..maka kuatkan diri kita untuk bangkit semula kerana itu tandanya tuhan sedang menguji kita. adakah kita ini insan lemah yang senang mengaku kalah atau insan istimewa yang dipilih tuhan untuk diuji keimanannya..
musafirnya kita ini kerana ingin mencari sebuah jawapan. buat bekalan ketika tiba di destinasi yang terakhir nanti. kerana harapan kita pastinya sama..
bila mana disoal tentang usia muda yang dihabiskan untuk apa,moga-moga ada jawapan yang mampu kita ucapkan.
biarlah mereka berkata apa saja..
apa yang dilakukan ini adalah kerana aku mahu berusaha..
kerana kelak aku akan ditanya di hadapan tuhan tentang usia mudaku ini..
ketika hari itu tiba, aku mahu memberi jawapan dan bukan hanya sekadar tertunduk kekesalan..

Saturday, January 08, 2011
mEnanti hidayah turun dari langit?
bismillahirrahmanirrahim..
sekarang..
saya mahu bErcakap tentang hidayah..
tapi ini bukan cerita kawan saya yang bernama hidayah ya..
saya selalu dengar orang cakap..
"aku tak dapat hidayah lagi lah,macam mana nak berubah"
Aii..hidayah tu akan datang sendiri pada kamu kah??
MENANTI ATAU MENCARI
"hei..hidayah itukan milik Allah.dah Allah tak kasi kat aku,nak buat macam mana?"
Barangkali itu jawapan mEreka yang sedang menanti hidayah..
menunggu ia turun dari langit barangkali?
ya..memang hidayah itu milik Allah..
tapi adakah kita hanya mEnanti sahaja?
menutup mata dengan segala dosa-dosa yang dilumuri pada diri hanya kerana 'aku tidak terima hidayah lagi'.
semudah itukah?
meletakkan kesalahan pada hidayah Allah untuk terus menjadi manusia berdosa.
seakan-akan kita mahu berkata,
"tuhan,Engkau yang tidak mahu memberikan aku hidayah,sebab tu aku terus buat dosa!"
begitu??
kata pujangga..
hidayah itu umpama cahaya matahari..
andai kalian memilih untuk menutup tingkap,adakah cahaya itu mampu menerangi bilik yang kalian diami?
dan andai tingkap sudah dibuka tetapi kalian memilih untuk menutup mata, adakah cahaya yang masuk itu akan memberi erti?
bukalah mata..
pandanglah segalanya mengikut pandangan tuhan..
hidayah itu ada di mana-mana..
di beri kenikmatan merasai nikmat islam tanpa perlu bersusah payah mencarinya seharusnya kalian syukuri
tapi alangkah ruginya andai nikmat itu hanya terbiar pada nama sedang diri masih tidak mahu mengenal tuhannya..
masih ada ramai orang di luar sana yang masih tercari-cari nikmat yang satu ini
mereka mencari penuh kepayahan..bahkan bukan sedikit harga yang perlu dibayar dalam kembara mereka mencari tuhan
sedang kita sangat bertuah diberi peluang untuk mendengar namaNya sedari tangisan kita yang pertama di dunia..
mungkin kerana kita tidak pernah bersusah, maka cepat benar kita terasa bangga..
terasa islam ini sudah sempurna biarpun hanya pada nama
lalu..kita memilih untuk menyalahkan 'hidayah' bila kita berdosa..
jangan salahkan Allah bila kita jadi manusia berdosa..
kerana Dia sudah menciptakan kita dengan sebaik-baik kejadian
dan diberi akal untuk berfikir apa yang baik dan buruk dalam kehidupan
bukan salah Allah jika seseorang itu mengatakan bahawa dia telah terlanjur kerana hakikatnya dialah yang memilih untuk melanjurkan dirinya.. setuju?

Friday, January 07, 2011
saya mahu pulang..
bismillahirrahmanirrahim..
entah kEnapa hati terasa sesak sEminggu dua ni. rasa bErsalahnya bukan main..
rasa bersalah itu mEnekan jiwa.terasa semuanya serba tak kena..
TUHAN SEDANG BERBICARA
ya..tuhan sEdang berbicara.
pada saya yang rasanya sEmakin terbuai-buai pada tipuan dunia.
sedangkan apa yang terlintas di hati dan zahirnya itu tidak sama. Malunya..bibir mudah berkata cinta tapi..
kerana saya manusia biasa..
pantas bEnar saya tErleka..
mudah benar mengharapkan pada manusia yang memang lebih banyak mengecewakan..
mengharap padaNya hanya ketika dipinggir manusia,ketika sedih berduka,ketika kecewa dengan takdirNya..
sedangkan..ketika hati ini gembira,saya terus lupa padaNya..
tapi..adakah Dia terus mEmbiarkan saya kErana sikap tidak mEngenang budi ini?
tidak..Dia hadirkan rasa bErsalah pada hati ini..
tandaNya mahu berbicara pada saya..
memanggil saya pulang..
SAYA MAHU PULANG
diri ini hanya manusia biasa.
kerana itu diri ini terlalu cepat terpedaya pada kehinaan dunia
tErima kasih tuhan..
untuk peluang yang entah kali ke berapa..
walau diri ini selalu benar memungkiri janji..
hati..
jangan bErpaling lagi!

Monday, January 03, 2011
jangan sampai hati itu mati!
bismillahirrahmanirrahim..
Pernah tak kita rasa yang kita sedang bErgembira terhadap apa yang terjadi pada diri kita tapi dalam sEdang kita bErgelak kEtawa tiba-tiba hati kita dihimpit rasa sayu?
Hati terasa hiba yang entah datang dari mana..
Puas dipujuk hati untuk terus bErgembira, apatah lagi kita mEndapat apa yang kita mahukan..
tapi entah kEnapa..hati sEakan mEnangisi kegembiraan yang sedang kita alami..
sEnyuman terasa kelat..
gelak ketawa terasa pura-pura..
kita tidak mahu mEngaku kalah..
jadi,kita buat-buat tak tahu apa yang sEdang tErjadi pada hati..
saya ulang..
kita tahu..tapi kita buat-buat tak tahu..
tolong bEritahu..
sampai bila kita boleh buat-buat tak tahu?
takut-takut nanti hati itu akan jatuh sakit lalu.. mati
Dari Wabishah bin Ma’bad radhiyallahu anhu, ia berkata:
“Aku telah datang kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, lalu beliau bersabda : ‘Apakah engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan ?’ Aku menjawab : ‘Benar’. Baginda bersabda : ‘Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu adalah apa-apa yang menentramkan jiwa dan menenangkan hati dan dosa itu adalah apa-apa yang meragukan jiwa dan meresahkan hati, walaupun orang-orang memberikan fatwa kepadamu dan mereka membenarkannya”.
(HR. Imam Ahmad bin Hanbal dan Ad-Darimi, Hadits hasan)
Friday, December 24, 2010
saya hanya punya satu hati..
bismillahirrahmanirrahim..
hati ini satu
dan tidak boleh dibahagi dua
bila engkau mEletakkan sEsuatu yang tidak sEpatutnya di sana
maka,kau akan kehilangan yang lainnya..

diri
Thursday, December 16, 2010
jadi bodoh kErana sibuk mEncari jodoh?
bismillahirrahmanirrahim..
kisah benar di suatu petang..
time tEngah duduk sambil mEnyelak-nyElak majalah..
tiba-tiba..
"sorang jE dik?" kEdengaran suara kasar di sEbelah saya.
adoi..siapa pulak yang mEngganggu kEtenangan ni..
saya toleh pErlahan-lahan.
oh..sorang PAK CIK rupanya.
saya sEnyum sEparuh ikhlas.
buat muka jujur yang saya tak sElesa bila dia duduk sEbelah saya.
"buat apa kat sini dik?"
"tunggu kawan", balas saya sambil garu kEpala yang tak gatal ( nak tunjuk yang saya tak bErminat nak bErborak dEngan dia)
"oo..ABANG pun tunggu kawan jugak, lambat betul.."
abang?? erk..
"kejap lagi sampai la kawan PAK CIK tu," balas saya
"adik ni bElajar lagi ke?" dia masih bErminat nak ajak saya bErbual, bosan barangkali.
" ha ah.."
"bElajar kat mana? tEngah cuti ye?"
"ha ah,tEngah cuti. study kat UTM," ujar saya sambil mEngharapkan dia faham nada yang saya gunakan menunjukkan yang saya tak bErminat nak menyambung perbualan ni.
"UTM?? bagus3.. adik ABANG pun dulu belajar kat UTM jugak. sEkarang dah kErja dah."
"oo..ye ke.."
" ABANG banyak kali jugak pErgi UTM tu, last sEkali pErgi timE konvo tahun lepas. suka jalan-jalan pEgi sana, Eh, konvo tahun ni dah sudah ke?"
"dah..hari tu,"
jawapan saya tu macam la baru minggu lepas je konvo tu bErlangsung.hehe.. ahh..bantai la..
"sEtiap kali konvo ABANG tengok,kEbanyakannya studEnt cina yang nama atas-atas. budak melayu? huh..ada la sEkerat. yang lain sEmuanya nama kat bawah-bawah. betul tak?"
"betul la kot PAK CIK sEbab pensyarah saya pun pErnah cakap macam tu jugak",
"ha..awak tahu tak kEnapa jadi macam tu?!," soal dia pada saya
"err..kEnapa?" soal saya balik, saya rasa macam tahu je sebabnya tapi..
"heh..budak melayu,kalau duduk u bukan nak belajar tapi sibuk dok bercinta. baru tahun satu dah mula nak cari pasangan. Ye la, ABANG faham la kot kalau diaorang ni sibuk-sibuk cari pasangan sebab takut nanti habis belajar tak kahwin-kahwin tapi memang pErangai student mElayu ni kalau bercinta je, pasal pelajaran diaorang terus buat tak kisah. bila sibuk sangat dok bErcinta, terus yang lain diaorang abaikan. ABANG tengok budak cina pun bErcinta jugak tapi bila bab belajar diaorang belajar betul-betul. "
"awak ni.." eh,saya pulak yang kena..
"awak ni harapnya jangan lah jadi macam tu, duduk u mak bapak suruh belajar,jadi belajar je la. kalau nak bErcinta tu boleh tapi janganlah pelajaran tu jadi no dua. Ala..cuba awak tengok budak-budak melayu yang sibuk bercinta tu, nanti keluar u tengok-tengok kahwin dengan orang lain. ceh..buang masa je. belajar entah ke mana, si pasangan pun entah ke mana,"
"ha ah PAK CIK. memang buang masa, apa pun tak dapat," sampuk saya sambil tErsengih.
"tau pun, awak ingat lah pesan ABANG ni. belajar rajin-rajin kat u nanti,balas jasa mak bapak tu dulu.tak payahlah dok mEnggatal sana, mEnggatal sini,"
saya senyum je. ikhlas.
tasya : takE the good, leave the bad..=D

Tuesday, December 14, 2010
Monday, December 13, 2010
mEncari bahagia yang hilang..
bismillahirrahmanirrahim..
"bahagia?kamu tahu apa erti bahagia?' soal dia pada saya.
saya pandang dia. tErasa kosong.
saya tahu erti bahagia..
saya tahu bahagia itu letaknya pada hati..
bukan pada harta bEnda..
bukan pada paras rupa..
bukan pada sanjungan manusia..
saya tahu bahagia itu subjEktif..
bahagia itu bErbeza mEngikut kEadaan kita..
bila sakit, sihat itu bahagia..
bila lapar, dapat makan yang sEdap-sEdap itu bahagia..
bila bErseorangan, waktu bErsama insan-insan yang tErsayang itulah bahagia..
saya juga tahu bahagia itu dEkat..
saya pun tahu cErita garam dan air dalam cawan atau kolam
garam umpama masalah
cawan atau kolam umpama hati kita
garam yang diletakkan di dalam cawan, air akan terasa masin bila diminum
tapi garam yang diletakkan di dalam kolam, air akan tEtap tErasa tawar
pErumpamaannya..
jika kita mEnjadikan hati kita hanya sEbesar cawan, masalah yang datang akan tErasa sangat pahit
lalu kita akan tErasa sangat lemah..
namun kalau hati kita ibarat sEbesar kolam, kita masih akan mampu tErsenyum, kErana pEdihnya tidak tErasa..
kErana masalah itu bukan hadir untuk mEnyusahkan kita malah mEnjadikan kita manusia yang lebih kuat untuk mEngharungi hidup ini..
masalah itukan tarbiyah dari Allah?
saya tahu..
tapi sejauh mana saya mEmahami bahagia itu dan mEmaknakan ia dalam hidup saya..
saya akui ia tak sEmudah mEngucapkan dEngan kata-kata..
dan yang mElihat dan mEndengar juga tidak akan dapat mEmahami apa yang dirasa..
kerana kita punya hati yang bErbeza..
dan saya tahu sangat..
tuhan menguji hambaNya mEngikut kemampuan hambaNya itu..
maka..saya tidak boleh mengeluh..
DIA tahu apa yang saya tidak tahu..
saya tidak mahu kehilangan bahagia..

dan bahagia itu ada dalam diri sEtiap manusia..
manusia itu sEndirilah yang mEmilih untuk bahagia atau dErita..

Saturday, December 11, 2010
saya bEnci cuti panjang~..
bismillahirrahmanirrahim..
saya mEmang tak suka kalau cuti panjang-panjang ni..
mEmang mEncabar kekuatan iman orang macam saya..
tambah lagi kalau duduk rumah jE n tak tahu nak buat apa..
mEmang la ada bEnda 'wajib' yang kena dibuat dalam cuti ni..
tapi still ada masa-masa tErluang yang saya tErkebil-kebil tak tahu nak buat apa..
and saya akan rasa bErsalah sEbab boleh cakap "eee..nak buat apa ni?!"
sEdangkan sEpatutnya.....
lagi satu sEbab saya tak suka duduk rumah lama-lama
ada banyak sangat godaan duniawi ni...
ni dah rasa nak 'tErgolek' je..uhuhu
kEsimpulannya..
saya nak balik UTM cEpat!

Thursday, December 09, 2010
saya punya TEMAN...
![]() |
| farzana,linda,tasya |
bismillahirrahmanirrahim..
sekian lama mencari gambar ni..akhirnya jumpe jugak..
ni sume gara-gara berebut gambar yang sekeping ni..
ye la..rasanya saya ada sekeping ni je gambar pakai uniform sekolah time kt sambbst dulu..
tu la..dulu dok jual mahal nak ambil gambar, sekarang dah menyesal pulak takde banyak gambar kenangan time sekolah.. uhuhu
melihat gambar ni mengingatkan saya pada ukhwah yang terjalin di antara kami..
ni gambar time form 3..
dah dekat 5 tahun dah gambar ni..
sama dengan usia pErsahabatan yang tErjalin kami bertiga hingga ke hari ini..
saya akui..
saya susah untuk mEncari teman yang 'sekepala'..
sebab bila dah kenal ramai-ramai orang..
kita akan dapat bEzakan..
yang mana mahu bertEman sEkadar di dunia..
dan yang mana tEman yang benar-benar mahu menjadi teman hingga kE akhirat sana..
hari ni..
bila saya dan teman dah semakin membawa haluan masing-masing..
saya semakin menyedari betapa nilai pErsahabatan itu ada banyak sangat beza..
dan semuanya itu bErgantung kepada tujuan pErsahabatan itu sebenarnya..
jika berkawan kerana harta,rupa,gaya atau minat yang sama
ya..kita akan dapat apa yang kita mahukan..
tapi hanya sEkadar itu..
bila waktu kita punya masalah yang ingin dikongsi,kita hanya akan sendiri..
takkan ada teman yang sanggup untuk mEminjamkan bahu..
dah itu yang kita mahukan tErhadap persahabatan yang dibina, maka kita akan dapat itu sahaja..
alangkah rugi dan sEsalnya..
hakikatnya..
saya pErlukan teman..
untuk saya jadikan tEmpat 'bErpegang' ketika saya mahu terjatuh..
supaya saya ada tempat bErcerita bila saya tErasa kekosongan..
dan mEngingatkan saya bahawa saya ni hidup bertuhan!
dan bagi saya, memang itulah sebabnya tuhan mEnghadirkan teman buat kita..
untuk mengingatkan kita bila kita lupa..
untuk mEnasihatkan kita bila kita leka..
dan untuk bErkongsi air mata dan tawa..
bila bErteman kEranaNya..ukhwahnya tErasa cukup indah..
kita bErteman kErana kita punya akidah yang sama..
dan yang paling pEnting..walaupun kita hari ni sEdang lalui jalan yang bErbeza,
kita tetap akan saling ingat-mEngingati..
kErana apa? kErana kasih seorang tEman itu bukan hanya di dunia ini sahaja tEtapi harapnya tEman ini akan sama-sama mEmbawa kita kE syurga..
terima kasih..
buat kalian yang sudi mEnjadi tEman..
pEneman dalam mEniti hidup yang sEmentara ini..
dari zaman sEkolah,matrik dan sEkarang di universiti..
kalian akan sEntiasa ada dalam doa saya..
insyaAllah hingga kE akhir hayat ini..
saya juga nak bagitau..
yang teman dan kekasih itu tidak akan pErnah sama..
sebab saya sangat tErkilan pada pada mEreka yang mElupakan teman hanya kErana dah ada kekasih hati..
saya tak hairan pada kEkasih anda..
tapi..saya sangat hairan pada sikap anda yang yang tErlalu mudah mElupakan sEseorang yang engkau pErnah panggil sebagai tEman..
* saya 'rindukan' tudung yang saya pakai macam dalam gambar ni..doakan saya...:')
Monday, December 06, 2010
yang tErindah dari tuhanku..
bismillahirrahmanirrahim..
lama pulak rasanya tak 'mEnconteng' di sini..
bila saya tEngok balik rupa-rupanya banyak tulisan saya yang siap sEparuh jE..
dan sEmua tulisan tu mEmenuhkan lagi draf saya kat blog ni..
entahlah..saya pun tak tahu kEnapa..
banyak sEbenarnya yang ingin dikongsi..
tapi..
nak mEnulis ni bukannya boleh dipaksa-paksa..
tulisan tu sEharusnya datang dari hati..
dan baru boleh ditErjemahkan di sini..
oh ya..saya baru balik dari mukhayyam..
satu ayat untuk gambarkan pErasaan saya di sana..
KENANGAN YANG TAK MUNGKIN SAYA DAPAT LUPAKAN..
banyak erti hidup yang dipElajari..
dan yang paling pEnting..
moga-moga saya tErus kuat untuk bErpegang dEngan apa yang telah saya azamkan di sana..
saya juga tErasa lebih mEnghargai alam ni..
kErana ianya yang tErindah dari tuhanku..
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. (QS. 15:77)
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahwa Dia mengirimkan angin sebagai pembawa berita gembira dan untuk merasakan kepadamu sebagian dari rahmat-Nya dan supaya kapal dapat berlayar dengan perintah-Nya dan (juga) supaya kamu dapat mencari karunia-Nya; mudah-mudahan kamu bersyukur. (QS. 30:46)
Sesungguhnya dalam penciptaan langit langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (QS. 3:190)
Dan Dia menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan untukmu.Dan bintang-bintang itu ditundukkan (untukmu) dengan perintah-Nya.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memahami(nya), (QS. 16:12)
Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang itu dan pada yang diciptakan Allah di langit dan di bumi, benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan-Nya) bagi orang-orang yang bertaqwa. (QS. 10:6)
Dan tanah yang baik, tanaman-tanamannya tumbuh subur dengan seizin Allah; dan tanah yang tidak subur, tanaman-tanamannya hanya tumbuh merana. Demikianlah Kami mengulangi tanda-tanda kebesaran (Kami) bagi orang-orang yang bersyukur. (QS. 7:58)
Dan Allah menurunkan dari langit air (hujan) dan dengan air itu dihidupkan-Nya bumi sesudah matinya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang mendengarkan (pelajaran). (QS. 16:65)
Katakanlah:"Perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi. Tidaklah bermanfa'at tanda kekuasaan Allah dan rasul-rasul yang memberi peringatan bagi orang-orang yang tidak beriman". (QS. 10:101)
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi nereka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Meraka itulah orang-orang yang lalai. (QS. 7:179)