Pages

Wednesday, April 23, 2014

Akhawat 2




".. apa jua yang diberikan kepada kamu, maka ia hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja, dan (sebaliknya) apa yang ada di sisi Allah (dari pahala hari akhirat) adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya" ( As-Syuaara 42:36)

Hidup dalam lingkungan mereka-mereka yang berusaha untuk mencintai Allah, 
adalah nikmat terindah..
Saling berpesan dalam kesabaran, saling beringat dalam kebenaran..

Akhawat 
Saya senang sekali berada berada bersama mereka
Dalam setiap suka duka, dalam setiap gelak dan hiba
Walaupun kadangkala tingkah tidak seiring dengan setiap kata-kata, tetapi akhawat itu selalu sedar bahawa itulah yang sedang dimujahadahkan, sehingga akhirnya kita semua menjadi insan yang celupannya hanya celupan Allah itu..
Baik dari segi bicara, tingkahlaku dan akhlaknya..

saya sedar,
kerana itulah Allah meletakkan akhawat ini saling bersama
untuk mengingat di kala terlupa
untuk menarik di saat jatuh
untuk menjadi bahu tempat bersandar di kala lelah..
dan banyak lagi yang tak mampu saya tuliskan satu persatu..

tidaklah terpisah setiap dari kita melainkan yang menghubungkan kita adalah tali aqidah semata-mata
kerana pertemuan ini adalah kerana Allah, maka yang memisahkannya hanyalah kerana Allah juga..

dan hari ni, hampir 3 tahun bersama mereka, saya kira banyak yang sudah berubah dari diri saya, mungkin juga bukan kerana mujahadah saya, tetapi kerana adanya doa akhawat ini..

kerana 
mereka ini tulus hatinya
mereka ini benar-benar membuktikan kesaksian mereka
mereka ini sungguh-sungguh bermujahadah untuk setiap bait kalamullah yang mereka baca..

******

22 April 2014 yang baru sahaja pergi
Titipan Sanah helwah buat diriku ini
yang juga sedang bermujahadah untuk menjadi akhawat sejati..


Tuesday, March 25, 2014

Wahai Ikhwan..


Bismillah..

Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.

Apakah lagi yang lebih baik
Bagi orang-orang yang beriman
Bukankah jalan ini sudah lama menunjukkan contoh sang pejuang
Yang mana pengakhiran kehidupan mereka hanyalah pada dua titik noktah
Hidup dengan kemuliaan islam. atau mati sebagai seorang syuhada'.

Adakala saya terasa seperti mahu menangis kehibaan
Dan setelah berfikir lebih lama saya kira yang lebih perlu saya tangiskan adalah diri saya sendiri
Saat melihat para ikhwan itu sudah benar-benar membuktikan janji mereka kepada Allah seperti firmanNya di dalam surah Al-Ahzab ini, sedangkan kita di sini langkah kadangkala masih longlai dan masih terkial-kial menongkah ujian yang tidak seberapa

Namun bagi para ikhwan yang dijatuhi hukuman mati itu
Saya kira mereka sudah terbayang-bayang negeri akhirat yang sekian lama mereka rindukan
Dengan apa yang mereka usahakan tanpa penat lelah puluhan tahun yang lalu semenjak Ikhwan Muslimin bertapak di Mesir
Dan hari ini mereka bergembira kerana tuhan juga membalas cinta mereka dengan memanggil mereka untuk pulang ke pangkuanNya
Sungguh itulah tarbiyah yang sebenar-benarnya, mengangkat manusia keluar dari perhambaan manusia menuju kepada penyerahan diri total kepada Rabbul Jalil semata-mata

Menatap satu persatu gambar para ikhwan yang terpampang di media masa
Melihat raut wajah Dr Morsi yang jelas penuh ketenangan biarpun diasak dan ditekan dengan segala macam fitnah dan ancaman taghut yang bukan calang-calang
namun manusia yang di celup dengan celupan Allah itu benar-benar jauh berbeza
tarbiyah yang mereka fahami sungguh mengangkat mereka ke satu darjat yang lebih tinggi dari segala dunia dan isinya
mereka tidak pernah tunduk kepada tekanan taghut
mereka berusaha untuk mengembalikan keadilan yang sebenarnya biarpun satu dunia teruk menghentam mereka
mereka terus yakin dengan janji Allah, bahawa kemenangan itu pasti akan datang, dan mereka tahu harga yang perlu dibayar adalah harta dan jiwa mereka sendiri


Apakah lagi yang harus saya cemburui pada insan-insan ini
Mereka benar-benar membuktikan janji mereka kepada Allah
sehingga Allah sendiri memilih mereka untuk menerima syahid
Apakah lagi kegembiraan yang lebih besar dari menerima jemputan syahid dari tuhan ini?

Kita Juga Merindui Syahid!



Untuk para duat, ikhwah akhawat.. renungilah baris terakhir daripada ayat ke 33 ini..

"..dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun."

Mampukah kita wahai Daeiyah..
Membuktikan ayat dibaris yang terakhir ini adalah milik kita?




Saturday, March 22, 2014

cinta





Lately ni, asyik rasa touching bila memandang setiap perkara
Bila tengok akhawat.
Bila tengok mereka-mereka yang baru terasa sapaan hidayah, bila tengok mereka-mereka yang memaksa diri untuk bekerja di jalan dakwah dan tarbiyah ni..
semuanya membuatkan bergenang air mata..

Perasaan bercampur baur
Rasa bersyukur kerana hari ini dapat hidup dalam nafas dakwah dan tarbiyah
Rasa kerdil kerana Allah yang Maha Penyayang itu masih sudi meletakkan diri ini bersama dengan mereka-mereka yang mencintaiNya
Dan selalu terfikir, kalau lah bukan jalan ini yang saya pilih, pastilah hidup saya sudah penuh kesia-siaan sehingga sekarang. even dahulu pun saya sudah merasai betapa peritnya hidup tanpa mengetahui matlamat sebenar kehidupan tu..

Aku hidup untuk apa..
Aku hidup untuk memuaskan hati siapa..
semua persoalan tu memang mengoyak-ngoyak perasaan saya dahulu, dan hari ini saya rasa betapa kehidupan ini sangat barakah dan sapaan tuhan itu benar-benar mencairkan hati orang macam saya..

Dan syahadatul haq yang saya pegang hari ini benar-benar menampar saya bahawa cinta itu bukan hanya kata nama, tetapi ia kata kerja
Kalau kita cinta, kita tak akan membiarkan yang kita cintai itu disakiti
Dan cinta itu akan membuat kita berbuat sehabis daya untuk sesuatu yang kita cintai

Dan mencintai Allah..mengajarkan saya bahawa ia hanya akan dibuktikan bilamana kita menyeru manusia untuk mengembalikan hak Allah pada tempatnya
mencintai Allah.. akan membuatkan kita terluka  bilamana kita melihat orang lain bermaksiat kepadaNya
mencintai Allah, tidak akan menjadikan kita duduk diam di saat manusia meremehkan suruhanNya
mencintai Allah itu, kita mahu seluruh manusia tahu bahawa Allah lah Raja segala-galanya dan ia tidak akan sebanding dengan apa pun..
Dan mencintai Allah itu, kan memaksa kita untuk terus bergerak dalam lelah, sakit, pedih dan kepayahan untuk kita memberitahu seluruh manusia dan dunia ini bahawa hanya Allah sahajalah sembahan kita dan tidak mungkin ada yang lain dariNya..

Semua itu adalah bukti jika benar kita cinta..
Dan tak mungkin kita benar-benar mencintai jika kita tidak terguris walau sedikit pun saat melihat hak Allah dikhianati dan diperlekehkan sesuka hati..
Dan kerana itulah cinta kita yang tertinggi, kita hanya akan mencintai apa yang Dia cintakan, walau kadang perkara itu tampak mengiurkan di hadapan kita, tetapi kerna kita tahu, yang tertinggi itu adalah mencintai Allah, maka kita tidak akan tergamak untuk mengingkari arahanNya walau sedikit pun!

Berat kan?
Ya, ia berat.. sungguh untuk beramal itu teramatlah sukar
tetapi peganglah firmanNya ini, bahawa Allah itu tidak mungkin membebani seseorang di luar kemampuannya, melainkan dengan ujian itu Allah mahu kita lebih dekat dengan rahmat dan cinta dari Nya..

Genggamlah hidayah dan kefahaman dari Allah ini sekuat-kuatnya
Sungguh, rahmat ini kadang tidak selalu hadir, dan perasaan ini juga akan selalu ada turun dan naiknya
tetapi kuatkanlah hati bahawa hanya jalan ini jalan yang terbaik
jalan di mana ada orang yang menjual diri dan hartanya kerana Allah semata-mata
jalan di mana ada orang yang digergaji dan disiat-siat badannya kerana menegakkan Al-Haq
jalan di mana begitu banyak air mata yang bercucuran dan wangian darah syuhada' yang berhamburan..
dan semua itu.. semua itu di sisi Allah adalah kebaikan yang mana layak bagi mereka hanyalah syurga..

Saya..
masih jauh.
tetapi itulah yang tersemat di hati saya yang paling dalam
agar tarbiyah dan dakwah ini akhirnya menjadi darah daging dalam diri saya
yang mana saya hanya akan hidup dengannya
bahawa saya hanya akan mencintai, apa yang dicintaiNya
bahawa saya akan membenci, apa sahaja yang dibenci oleh Nya..
sehingga akhirnya, saya beroleh cinta yang maha tinggi itu.. *lap air mata

Saya tidak tahu apa yang tuhan sudah aturkan untuk saya
yang saya tahu, saya akan terus berlari..
sehinggalah saya dapat berjumpa dengan Dia.. 

Buat yang membaca
Doakan saya :')




Sunday, March 16, 2014

Tuhanku Al-Wadud





Hari ini terbaca satu kisah.
dan kisah itu masih teringat-ingat di kepala.
tentang Al-wadud. salah satu sifat kasih sayangNya buat si hamba hina.

Allah Al-Wadud..
yang menanam rasa kasih dan sayang di dalam hati manusia.
walaupun manusia itu selalu mengingkari arahanNya, walau manusia itu berulang kali berbuat dosa. 
namun Allah itu Al-Wadud.. 
masih mencintai hambaNya yang berdosa, walau dosa itu seakan tidak terampun rasanya. 

sungguh Allah itu Al-Wadud, 
mengampuni tanpa melihat sebesar apakah dosa, 
melainkan hanyalah sekuat apa hamba itu berusaha untuk keampunanNya.
maka, Allah akan memaafkan, sungguh Dia akan menyucikan. bahkan kerna Al-Wadud itulah maka balasannya adalah lebih baik dari apa yang disangka. 

Benar-benar Allah itu Al-Wadud..
Tuhan yang penuh cinta kepada hamba-hambaNya.
yang diminta bukanlah untuk kita semakin menjauh diri kerana berdosa, tetapi semakin mendekat di dalam setiap taubat yang ikhlas kerana Dia..

Dan sungguh..
berada di dalam jalan dakwah dan tarbiyah ini adalah satu rahmat yang tidak ternilai buat diri
dan menjadi hamba berdosa di dalam celupan dakwah dan tarbiyah itu sebenarnya lebih menyeksakan hati..

merasa diri tidak layak untuk menjunjung panji dakwah dan tarbiyah
merasakan diri tidak pantas bersama mereka yang menyintai jalan ini setulus hati..
dan sungguh syaitan akan pantas mengambil peluang untuk mencucuk hati untuk menghiasi kefuturan yang datang..

tapi sungguh-sungguh tuhanku itu Al-Wadud

“Indeed, good deeds do away with misdeeds. That is a reminder for those who remember.” (Qur’an, 11:114)

kata tuhanku.. gantikanlah setiap keburukan dengan amal kebaikan, dan ketika itu tuhan itu akan mencukupkan dengan sesuatu yang jauh lebih baik. 

ya Allah..
ya Allah..
Alangkah besarnya kasih sayangmu..


wahai Duat..
kekurangan, kelemahan dan dosa kemaksiatan itu jangan sesekali membuatkan dirimu semakin melemah di jalan dakwah..
tetapi kerana semua itulah engkau seharusnya berlari lebih laju
agar dengan itu Allah kan menggantikan segala keburukan itu dengan pahala yang lebih baik dari segala-galanya..


wahai Duat..
Tuhanmu itu Al-Wadud
maka kerana itu maka tetaplah kuatkan langkah, walau kadang engkau terasa mahu menjerit kepada seisi dunia bahawa engkau juga sebenarnya hanyalah manusia biasa
yang kadangkala kalah dengan emosi, terusik dengan ujian dunia, terhiris dengan kata-kata manusia..
ketahuilah bahawa engkau tetaplah manusia biasa, yang tak akan lari dari berbuat dosa..

tetapi kerana tuhanmu itu Al-Wadud, maka nilaianmu tidak akan sama
dosa itu bahkan menguatkan hatimu untuk terus membuktikan kepada tuhan bahawa engkau bersungguh-sungguh mahu menjadi yang terbaik di pandanganNya..
sehingga akhirnya.. seluruh kehidupanmu benar-benar untuk Allah semata-mata..

mata..
telinga..
tangan..
kaki..

segalanya..
segala-galanya...

“Nothing endears My servant to Me than doing of what I have made obligatory upon him to do. And My servant continues to draw nearer to Me with the supererogatory (nawafil) so that I shall love him. When I love him, I shall be his hearing with which he shall hear, his sight with which he shall see, his hands with which he shall hold, and his feet with which he shall walk. And if he asks (something) of Me, I shall surely give it to him, and if he takes refuge in Me, I shall certainly grant him it.” (Bukhari)








Friday, February 14, 2014

Mata





Aku punya mata
Yang aku harap dengannya 
Aku bisa memandang Yang Maha Pencipta
Dengan mata yang sama..

Tetapi..
Seluruh jiwaku seakan lumpuh
Saat aku mendengarkan sebuah kata-kata..

"Mata yang berdebu dosa, mana mungkin layak mahu menatap Yang Maha Mulia.."

Allahumma innaka affuwun kareem!
Tuhibbul afwa fa'fu anna! 



Thursday, February 06, 2014

Renungan: Tabuk dahulu dengan 'Tabuk' hari ini


Bismillah..

Pernah membaca tentang kisah perang tabuk saudaraku? Sebuah peperangan yang tenteranya diberi nama jaisyul ‘usrah atau pasukan yang dibentuk di saat kesusahan. Perang Tabuk yang terjadi pada  tahun 8 hijriyyah itu terjadi ketika mana keadaan cuaca sangat panas dan masyarakat ketika itu sedang menunggu hasil tanaman tidak lama lagi. Sahabat Rasulullah, Umar bin al-Khattab menyerahkan separuh daripada hartanya. Uthman pula menyerahkan 300 unta dan 1000 dinar.

 

Akhawati fillah,

Hadirkanlah bayangan bagaimana para sahabat di bawah kepanasan matahari memenuhi panggilan Rasulullah dan keadaan yang meletihkan. Bagaimana mereka mengabaikan saat datangnya musim buah yang segera di tiba, di tengah haus. Bagaimana mereka menepis bayangan kenikmatan tinggal bersama isteri di rumah. Bagaimana mereka melepaskan kerinduannya dengan anak-anak. Mereka semuanya keluar menuju panggilan Rasulullah untuk menyonsong perang besar.

Akhawati fillah,

Para mufassir menerangkan bahawa ada sejumlah sahabat yang termasuk dikalangan orang faqir sehingga mereka tidak punya alat untuk berjihad. Mereka datang kepada Rasulullah dan berkata, “Ya Rasulullah, saya tidak ada apa-apa untuk berjihad” Mata mereka lalu bercucuran air mata kerana kesedihan yang sangat mendalam.

“Dan tiada (pula dosa) atas orang-orang yang apabila mereka datang kepadamu, supaya kamu memberi mereka kendaraan, lalu kamu berkata: “Aku tidak memperoleh kendaraan untuk membawamu”, lalu mereka kembali, sedang mereka bercucuran air mata karena kesedihan, lantaran mereka tidak memperoleh apa yang akan mereka nafkahkan” (9:92)

Itulah perasaan mereka.

Hancur luluh.

Sedih.

Merana.

Bagai teriris sembilu hati mereka mendengar derap pasukan berangkat dan suara unta melengu gembira menuju Tabuk. Sedih sebagai orang yang tak mampu, sebagai orang yang tak berguna, sedih sebagai orang yang rela duduk, sedih sebagai orang yang bodoh melepaskan kesempatan mulia. Maka Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang ridha terhadap perasaan mereka dan Allah mengampuni mereka kerana sebenarnya mereka adalah orang-orang yang tulus.

Saudaraku,

Para sahabat nabi memang begitu mulia. Mereka menangis, mencucurkan air maa. Tapi air mata mereka yang menitis bukan kerana mereka melakukan dosa dan bertaubat. Jesteru, kesedihan mereka itu kerana mereka tidak bisa melakukan ketaatan. Berbeza sekali dengan tangisan kita hari ini, dalam situasi ini. Kita bahkan tidak menangis pun meski luput melakukan banyak ketaatan. Kita bahkan tidak bersedih dan masih boleh bergembira dalam keadaan kita berulang kali mengabaikan perintah Allah swt.

Saudaraku,

Jika dahulu medan Tabuk mungkin hanya kekurangan satu, dua atau lima orang. Tapi Tabuk hari ini kekurangan ribuan bahkan jutaan pejuang yang mahu keluar meninggalkan rumah, menyerukan dakwah kepada Allah dan mempertahankan agama Allah.

Dahulu belanja Perang Tabuk dibantu oleh Uthman bin Affan, setelah Abu Bakar menyerahkan semua hartanya dan Umar al-Khattab memberikan separuh hartanya. Tapi”Tabuk” hari ini diwarnai kehidupan di Palestina dan Iraq, dengan sedikit umat Islam yang peduli terhadap mereka. Tabuk dahulu tetap mendorong para sahabat untuk berangkat dengan mengabaikan indahnya musim buah. nikmatnya tinggal bersama keluarga dan anak-anak. Tetap “Tabuk” hari ini, jesteru dijauhi oleh kita yang sangat terpikat dan terikat oleh keselesaan di rumah bersama isteri dan anak-anak, sambil menikmati hidangan yang lazat,

Saudaraku,

Dalam hadith riwayat Imam alBukhari dan Muslim, disebutkan, para sahabat yang faqir saat perang Tabuk dimulai itu, menangis dan datang menghadap Rasulullah s.a.w dengan membawa apa pun yang mereka punya untuk diberikan di jalan Allah, hingga akhirnya Rasulullah mengatakan “Wallahi maa hamaltukum walakinna Allah hamalakum”

Demi Allah, bukan aku yang akan mengangkut kalian (ke dalam pasukan Tabuk), Tapi Allah lah yang akan mengangkut kalian.

Saudaraku,

Tahukan kita mengapa Allah sangat menginginkan orang faqir seperti mereka untuk masuk dalam barisan Tabuk? Padahal jelas mereka adalah orang-orang yang tidak berkemampuan hartanya. Mungkin, kerana Allah sudah mengetahui ketulusan mereka. Maka mereka pun bisa dimasukkan ke dalam barisan pejuang untuk melakukan pembelaan terhadap agama-Nya. Ketulusan itu begitu nyata ketika mereka secara spontan mengalirkan air mata.

Sementara kita hati ini telah luput dalam banyak medan ketaatan, absen dalam banyak medan dakwah, hilang di banyak kesempatan mulia. Kita, luput dan tidak hadir bukan dalam satu, dua atau tiga medan ketaatan, tapi mungkin puluhan, ratusan, ribuan atau mungkin lebih dari itu. Tapi kita belum juga menangisi itu semua.

Tahukan kita kenapa ia boleh terjadi kepada diri kita?

Mungkinkah Allah mengetahui kita belum tulus berjuang di jalanNya?

Belum terbukti ikhlas dalam keimanan kepada-Nya?

Lalu kerana itu, Allah menjadi tidak peduli kepada kita, apakah kita termasuk barisan orang-orang melakukan ketaatan, berdakwah dan berjuang atau tidak.

Saudaraku,

Kita, mungkin juga tidak pernah bersedih apalagi mencucurkan air mata, kerana tidak punya sesuatu yang bisa dipersembahkan kepada Allah.


dipetik dari : Ya Allah, kokohkan hati ini di jalanMu, Lili Nur Aulia.

**********

Jujur.
Artikel ini adalah antara artikel yang paling dekat di hati saya. sementelah dari pertama kali saya membaca artikel ni, saya masih tak jemu-jemu mengulanginya sehingga ke hari ini. 
dan walaupun saya sudah mengulang baca berpuluh kali, tidak pernah sekali pun saat saya menghabiskan ayat yang terakhir saya tidak termenung memikirkan bait-bait kata yang telah penulis nukilkan dari awal artikel ini. 

saya tak ingin mengorek apakah rahsia penulis yang sangat berjaya di mata saya di mana tulisannya tidak jemu saya baca, tetapi yang ingin saya khabarkan di sini adalah betapa benar apa yang si penulis bicarakan. sehingga kan saat saya membaca setiap patah perkataan itu sungguh menampar diri saya untuk berfikir dan terus berfikir adakah kita sudah punya sesuatu untuk dipersembahkan kepada Allah suatu hari nanti? :'(

adakah hati kita sudah benar tulus di jalan dakwah ini?
adakah hati kita sudah benar-benar mengimani bahawa hanya dengan jalan ini akan sanggup kita serahkan segala yang ada pada diri kita?
adakah sungguh air mata yang mengalir pada diri kita hanyalah kerana dakwah semata-mata?

..
....
........
...........

Ya Rabb..
bantulah kami untuk tulus hanya kepadaMu.. :'(

Monday, January 27, 2014

Perempuan itu




perempuan itu.
berkali-kali dia cuba memejamkan mata.
hampa. jiwanya terasa sesak.
hatinya seakan di siat-siat.

umat ini sudah menderita terlalu lama
darah dan air mata sudah berhamburan memenuhi setiap pelosok dunia
jiwa perempuannya tidak mampu membendung air mata yang mengalir deras saat menatap satu demi satu gambar saudara maranya di Syria
dadanya seakan mahu pecah membaca satu demi satu berita mengenai umat islam di seluruh dunia
fikirannya tidak mampu lagi menerima apa yang dibaca saban hari tentang runtuhnya nilai kehidupan manusia di tanah airnya sendiri
semuanya menghemburkan air mata. memikirkannya dalam-dalam membuatkan perempuan itu terasa seperti mahu pecah kepala.

perempuan itu kesal.
kesal sekali..
dia tahu yang air mata dan perasaan sahaja tak akan mau mengubah apa-apa
dia faham bahawa yang lebih harus dia kasihani adalah dirinya sendiri
Perempuan itu sedar yang derita yang dilalui umat ini salah satunya adalah kerana adanya daei seperti dia ini
Daei yang masih belum mampu menyerahkan segala-galanya untuk dakwah dan tarbiyah ini
Langkah kakinya masih belum gencar
Dirinya masih mencintai dunia dan kesenangan kehidupan
Yang diberi masih sisa-sisa.. dia kadangkala masih terpedaya dengan kilauan dunia..
fikirannya masih pada masalah diri dan bukannya sepenuhnya untuk ummat ini..

perempuan itu menangis lagi.
masih adakah waktu untuk tidur dengan lena selepas ini?
sampai bilakah lagi ummat ini akan menderita dek kerana perlahannya dia membuat kerja-kerja dakwah ini
sudah siapkah jawapan apa yang harus dibalas ketika sampai waktu kanak2 kecil syria itu bertanyakan tentang apakah yang sudah dia lakukan untuk membantu mereka-mereka yang menderita itu

Ya Allah..
Ya Allah..
Ya Allah...

bantulah dan kasihanilah perempuan itu.
Ampunilah dirinya kerana tidurnya yang masih lena!

Tuesday, January 21, 2014

Sulit dan RidhaNya





satu waktu, sudah lama sekali
seseorang berkata dengan wajah sendu
"alangkah beratnya.. alangkah banyak rintangan"
alangkah berbilang sandungan.. alangkah rumitnya"

aku bertanya, "lalu?"
dia menatapku dalam-dalam, lalu menunduk
"apakah sebaiknya kuhentikan saja ikhtiar ini?"

"hanya kerana itu kau menyerah kawan?"
aku bertanya meski tak begitu yakin apakah aku sanggup
menghadapi selaksa badai ujian dalam ikhtiar seperti dialaminya
"ya.. bagaimana lagi? tidakkah semua hadangan ini petanda bahawa Allah tak meredhainya?"

aku bersamainya menghela nafas panjang
lalu bertanya, "andai Muhammad shallallahualaihi wa sallam berfikir sebagaimana engkau menalar, kan adakah islam di muka bumi?"
"maksudmu akhi?" matanya terbelalak

"ya, andai Muhammad berfikir bahawa banyak kesulitan bererti tak diridhai Allah, bukankah ia akan berhenti di awal-awal risalah?"

"Ada banyak titik sepertimu saat ini, saat Muhammad shallallahualaihi wa sallam bisa mempertimbangkan untuk menghentikan risalah
mungkin saat dalam rukuknya ia dijerat di bahagian leher
mungkin saat ia sujud lalu kepalanya disiram isi perut unta
mungkin saat ia bangkit dari sujud lalu dahinya disambar batu
mungkin saat ia dikatai gila, penyair, dukun, dan tukang sihir
mungkin saat ia saksi para sahabatnya disiksa didepan mata
atau saat paman yang dia kasihi dan isteri tersayang berpulang
atau justeru saat dunia ditawarkan padanya; takhta, harta dan wanita.."

"Jika Muhammad berfikir sebagaimana engkau menalar
tidakkah ia punya banyak saat untuk memilih berhenti?"

"tapi Muhammad tahu, kawan
ridha Allah tidak terletak pada sulit atau mudahnya
berat atau ringannya, bahagia atau deritanya
senyum atau lukanya, tawa atau tangisnya"

"ridha Allah terletak pada apakah kita mentaatiNya
dalam menghadapi semua ini
apakah kita berjalan dalam menjaga perintah dan larangNya
dalam semua keadaan ikhtiar yang kita lakukan"

"maka selama si situ engkau berjalan
bersemangatlah kawan.."

(SAF, 2010)

**********************

ya, sungguh
kesusahan itu selalu kita anggap sebagai penghinaan
sedangkan sebenarnya itu adalah lambang kemuliaan bagi seorang insan
tanda diri masih diingati, tanda diri masih dalam perhatian ilahi..

maka, teruslah bertahan kawan
dalam setiap ikhtiar yang kau lakukan
dan jadilah kita sebaik-baik manusia yang berbaik sangka
bahwa Rabb tidak sekali-kali menganayai hambaNya..







Thursday, January 16, 2014

selamat malam




rindu aku rindu
pada setiap sapaan mesra pada bahu
mengingatkan aku tentang siapa aku..

rindu aku sungguh rindu
pada setiap hembusan kata yang menusuk jauh ke dalam jiwa
menyedarkan aku tentang erti bahagia yang sebenarnya..

rindu aku benar-benar rindu..


Saturday, January 04, 2014

Monolog Tahun Baru





Bismillah.

"Kak, kenapa Allah masih pilih saya?" air matanya bergenang.

Saya mengalihkan pandangan. memandang langit yang kebiruan. kosong. 
sama seperti kosongnya fikiran saya untuk membalas persoalan itu.

Kakakmu ini tak punya jawapan. Diri sendiri masih merangkak perlahan.
Kadang terasa seperti masih sempat berpaut memohon bantuan, kadang pula terasa seperti mahu lemas dan membiarkan diri tenggelam.

tapi, bukan itu jawapannya.
Itu hanyalah mainan perasaan. pujukan dari syaitan agar diri kembali jatuh ke lembah kenistaan. 
jangan. jangan diikutkan perasaan!

Lelah bukan tidak lelah.
Sakit bukan tidak sakit.
Tetapi kerana apa harus terus bertahan?
Kerana iman yang mendalam. Kerana hati yang faham.
Bahawa semua keputusan kehidupan ini haruslah disandarkan kepada Allah semata-mata.
memilih untuk berbalik kebelakang ertinya menyerah kalah sebelum benar-benar berjuang.
Memilih untuk memperlahankan langkah kaki ertinya menyediakan diri untuk terjatuh ke lembah yang dalam.
Sungguh, tiadalah pilihan lain. Melainkan beriman dan kemudian istiqamahlah!

Memang sunnatullah setiap manusia biasa
Walaupun dicelup dengan nafas tarbiyah sekalipun
Ada masa imannya melonjak-lonjak ke tahap yang paling tinggi
Tetapi ada masa pula terasa diri seakan-akan diawang-awangan,
Ada ketika terasa imannya seakan-akan dilenyek buldozer sehingga mahu bernafas juga terasa sukar.
Itu biasa.. sungguh, itulah dia kita si manusia biasa.

Tetapi yang luar biasanya, bilamana kefuturan itu bukan dijadikan alasan terus menerus untuk mematikan diri dari hakikat realiti
Futur itu tidak salah. yang salah adalah dengan menghiasi kefuturan itu!

Nikmat iman ini sungguh tiada galang ganti.
Nikmat kefahaman ini sungguh tidak mampu dijual beli.
Makanya..
Istiqamahlah biarpun dalam kepedihan.
Istiqamahlah biarpun penuh kepayahan.
kaki itu harus dipaksakan untuk tetap berjalan.
Berhenti ertinya mati!

*******

Nota penulis:

Salam tahun baru 2014 Masihi.
Tahun 2013 banyak sekali mengajarkan saya erti kehidupan yang sebenarnya.
selamat tinggal semua cerita lama, yang ada hanyalah hati yang lebih besar untuk belajar menjadi lebih dewasa! :)





Tuesday, December 24, 2013

kita dan mereka

sepertinya kita
kadang tidak mampu lagi mencari ayat yang terbaik
untuk memberitahu sebenarnya apa yang ada di fikiran kita



mungkin yang terbaik
melihat dari jauh dan berdoa dalam diam
Allahumma arinal haqqa haqqa warzuqnajtinabah..




Thursday, November 28, 2013

jerit kuat-kuat


Bismillah..

bicara dengan sang kakak
hati seakan terasa disiat-siat
mengkoreksi diri pada sudut yang paling dalam
tentang dakwah
tentang tarbiyah
tentang ukhuwah
tentang mehnah..

dan semua itu selalu membuatkan kepala terasa mahu pecah
menyoal berjuta persoalan tentang kenapa, kenapa dan kenapa
yang akhirnya mengundang hanya helaan nafas yang panjang..

kerana setiap persoalan kadang jawapannya tak hadir dalam bentuk bicara
lebih baik diam dan memuhasabah diri
sekuat apa diri berusaha semampunya
sejauh mana diri sudah berbuat sehabis daya
untuk menjawab setiap persoalan tentang kenapa, kenapa dan kenapa..

********
siapa yang mahu tsabat, dialah yang harus lebih berbuat! 

Thursday, November 14, 2013

Nanges




Seorang ahli hikmah ditanya:

“Apakah yang paling indah pernah kamu lihat?”.

Ahli hikmah itu menjawab:

“Aku tidak pernah melihat apa yang lebih indah daripada seseorang yang melihat keseluruhan aibku, tetapi dia masih tetap menyayangiku..."

"..Itulah Tuhanmu.."




Akhawat.





Bismillah..

Tadi.
Seusai habis usrah di rumah naqibah, terasa kepala sakit yang amat

Saya kira itu memang penyakit yang akan menyerang bilamana deadline macam-macam kerja mula bermain-main di kepala
Jadinya, tadi bawa kereta dah macam duduk dalam roller-coster, tak sabar mahu sampai ke bilik
Mujurlah tadi pulang seorang, maka saya kira saya tidak menganaya mana-mana akhwat seusrah yang pulang dengan saya. 


11.30pm
Saya melirik jam di dalam kereta.
Ah. masih awal. Sungguh ini benar-benar masih awal.
Kereta berhenti di lampu isyarat yang bertukar merah.
Aduhai. Saya mengeluh. setiap detik untuk menunggu lampu isyarat itu bertukar hijau dirasakan sangat berharga.
Saya menyambung memicit-micit kepala. Terbayang yang esok saya akan berhadapan dengan supervisor, atau kah saya tunda saja pertemuan esok hari?
Aduhai, ini semua gara-gara pembetulan artikel yang saya kira tidak akan sempat saya siapkan seusai pulang usrah nanti.
*sambung picit kepala

Tiba-tiba terasa mahu menoleh ke kanan.
Terlihat sebuah kereta yang penuh dengan perempuan di dalamnya.
Saya mengerut kan dahi..

Ya Allah.. *****!!! Hampir saja saya menjerit di situ. *dah jerit pun sebenarnya
Wahh.. saya terasa seperti dijemput naik ke syurga saat memandang wajah-wajah mereka di dalam kereta itu
Hampir semuanya kelihatan layu kecuali si pemandu yang fokus memandang ke hadapan jalan menanti lampu isyarat bertukar hijau
Dan jeritan saya nyata mengejutkan mereka semua
Melambai-lambai seperti sudah berabad tidak jumpa

"Dari mana?", "Nak pergi mana?" soalan saling bersahut-sahutan, dan nyata keadaan di dalam kereta menyukarkan kami untuk berbalas jawapan
Yang kelihatan hanya riak-riak gembira, wajah yang lesu tiba-tiba segar. dan saya, merasakan sakit kepala saya yang tadinya mencucuk-cucuk seakan-akan sudah di angkat ke langit sana..

Lampu isyarat bertukar hijau
Ahh. saya seperti tidak mahu bergerak lagi tetapi kereta di belakang memaksa saya untuk melambai mereka untuk terakhir kali,,
Rindunya kat antunna.. hati saya berbisik

Kami berpisah di situ, pertemuan hanya beberapa saat di tengah jalan raya
Saya terasa sebak. Saya mengenali mereka sebagai akhawat yang sama-sama berada di jalan dakwah ini, dan selama itu juga saya melihat kecekalan hati mereka untuk terus berbuat sehabis daya mereka.
jarak perjalanan mereka untuk pulang lebih jauh dari saya yang hanya sejengkal cuma. pastilah mereka akan sampai lebih lewat dari saya ini
Dan saya melihat wajah-wajah mereka yang sungguh nampak keletihan itu,saya tahu yang mereka mungkin juga tidak pulang ke rumah setelah tamat waktu kuliah, tetapi terus bergegas ke tempat di mana dakwah memerlukan mereka
Dan mereka benar-benar membuktikan mujahadah mereka..

****

Akhawat yang saya cinta
Begitulah mereka.
Dapat menjejakkan kaki di rumah seawal pukul 11 malam itu sudah dikira paling awal
kalaupun ada satu malam yang tidak ada apa-apa aktiviti dakwah dan tarbiyah di malamnya pun sudah boleh dibilang dengan jari
Mungkin saja hanya sehari. atau paling lama dua hari.
masa-masa yang lain semuanya sudah penuh untuk segala macam aktiviti untuk diri sendiri dan mutarabbi

Apatah lagi saat melihat riak wajah mutarabbi
Bukan saya tidak risau, kadang pulangnya lewat sehingga mencecah ke angka dua belas
ada yang naik motor seorang, terpaksa berjalan kaki masuk ke kolej lewat malam..
semuanya menggusarkan hati, kerana akhawat itu tetaplah wanita. dan sungguh dunia hari ini amat menakutkan, tiadalah daya kami melainkan hanya pada Allah kami melangkah dengan penuh pengharapan..

Kerana itulah.
Saya kira akhawat pada hari ini benar-benar harus bekerja sehabis daya
Agar suatu hari nanti anak-anak kita tidak perlu mewarisi semua ini
Mewarisi tarbiyah, tetapi dengan hati yang lebih tenang dan bahagia
Usrah yang boleh dilakukan bersama keluarga sebenarnya
Usrah yang tidak perlu berjalan lewat malam seorang diri
Usrah yang tidak perlu kita tercari-cari di luar sana kerana kita sudah mendapatnya pada ibu dan ayah kita sendiri
Allahu..alangkah indah!

Tapi, masa itu belum tiba lagi
Islah buat umat ini masih menuntut segala apa yang ada pada diri
masa, tenaga dan juga seluruh fikiran
Masa hadapan itu nanti, bukan hanya angan-angan
tetapi itulah impian seorang daei, mengejar cita-cita sebesar ustaziatul alam..
Yang mana ketika seorang perempuan itu berjalan kaki dari san'a ke hadramaut juga ia akan mampu melakukannya tanpa takut, begitu sabda Ar-Rasul..

*****





Akhawat yang saya cintai
bukanlah akhawat yang manja dan beralasan serba serbi
Dan sungguh alasan pergi dan pulang lewat malam ini hanya sepele bagi kami
Kerna kami sedar, yang harus diperjuangkan itu jauh lebih besar
Dan hasilnya satu hari nanti insyaAllah lebih indah dari apa yang kami idamkan!








Sunday, November 10, 2013

Sang Murabbi


Bismillah..


Kata murobbiku
Menjadi murobbi itu tidak mudah
Apatah lagi menyangka menjadi murobbi itu adalah dengan semudah duduk-duduk di dalam halaqah sahaja.

Kata murobbiku lagi
Menjadi murobbi bukan diminta-minta agar ditsiqahi
Apatah lagi menyangka dengan menjadi murobbi itu kita nanti selalu bisa ditaati..

"Perasaan seorang murobbi itu.."ujar murobbiku, "tak mungkin dapat kau mengerti jika engkau tidak pernah merasai kelelahan di atas jalan dakwah ini.."

"Kelelahan seperti apa wahai murobbi?" tanyaku kembali

"Kelelahan mengetuk pintu bilik mad'u-mad'u mu sehari-hari, kepenatan berjalan kaki mengusung timbunan buku-bukumu selepas balik kuliah semata-mata mahu menjenguk mad'u-mad'u mu itu, keletihan memaksa dirimu membahagi-bahagikan dirimu di semua tempat agar engkau tidak bisa tertinggal salah satunya, dan segala apa lagi yang engkau sebenarnya tidak suka mahu melakukannya.."

"Tetapi.. engkau melakukannya kerna jiwa murobbimu itu, yang saat kau memandang adik-adikmu itu engkau lantas teringat akan dirimu satu ketika dahulu.. jiwa yang kekeringan, jiwa yang tercari-cari makna sebuah kehidupan!" 

"Dan engkau sangat mengerti betapa pahitnya perasaan itu, jiwa murobbi itu memaksamu untuk terus bergerak dalam kelelahan, agar tiada siapa lagi yang merasakan alangkah ruginya kehidupan tanpa mengenal tuhan.."

****

Terasa mataku berkaca-kaca
Menjadi seorang murobbi jauh bezanya dengan hanya menjadi seorang naqibah yang membawa usrah
Menjadi seorang naqibah, semua orang kan mampu melakukannya..
Tetapi sosok seorang murobbi itu, layaknya seperti baginda nabi yang tajarudnya hanya pada Ad-deen ini semata-mata.

"Dan menjadi seorang murobbi itu wahai adikku.." sambung murobbi, "tidak semua orang mahu melakukannya. Kita tidak hanya mahu membina si fulan yang hanya mahu kebaikan untuk dirinya, tetapi kita mahu membina sosok peribadi murobbi yang mahu tsabat dan mengajak manusia lain bersama dia sehingga ke akhir hayatnya.."

"pastilah itu sukar bukan? yang dituntut itu sepenuh masa, tenaga, harta bahkan fikiranmu juga. kerana itu.. lapangkanlah jiwamu dengan pesanan dari Tuhan Rabbul Jalil. Tuhan yang memegang hati-hati kita di jalan dakwah ini, Tuhan yang mengetahui apa yang tidak kita ketahui dikemudian hari. kerana apa kita dipilih untuk menyambung perjuangan para nabi dahulu.." ujar murobbiku sambil menghela nafas panjang.

Aku masih terdiam.
menghayati setiap bait pesan murobbiku itu.
Bermuhasabah adakah aku sudah layak digelar sebagai seorang murobbi buat umat ini
atau sebenarnya akulah daei yang masih bermain-main di pinggir dakwah itu, tetapi menyangka aku sudah mencelupkan keseluruhan diriku dengan dakwah ilallah ini!

 ******
Lewat pertemuan kami hari itu, sang murobbi menghantarkanku pulang dengan kata-kata yang tidak mungkin aku bisa lupakan,"Wahai adikku..ketahuilah bahawa hadiah terindah buat seorang murabbi adalah dengan melahirkan murabbi juga.."

Ah..
Pesan itu.
Terasa mataku basah untuk kesekian kali.



Friday, November 08, 2013

sikit lagi heyy!


bismillah.

mohon doanya.
supaya dapat siapkan thesis dengan bergaya.
lepas tu boleh lah update blog dengan riang gembira. kuikui *tutup muka*


hehe.
betul kan pesan ustaz tu?

:)

Tuesday, October 29, 2013

Raheeq Al-A'la!




Saya tidak tahu makna keseluruhan nasheed ini
Tapi yang saya tahu dia sedang menceritakan tentang keindahan syurga
dan siapa di antara kita yang layak berada di dalamnya..

***

Siapa yang lebih banyak bekerja untuk syurga
Maka dialah yang lebih layak mendapatkannya..
Siapa yang masih teragak-agak untuk mendapatkannya,
maka dialah yang rugi dalam perlumbaan ini..

***

Ini adalah perdagangan yang tidak akan rugi selama-lamanya
Berjual-beli dengan Allah untuk kebaikan diri sendiri..
Apakah yang lebih baik daripada ini?


:')



Saturday, October 26, 2013

Ini benar-benar sebuah contengan


Perpustakaan Sultanah Zanariah, UTM Skudai
6.54pm
Sedang menunggu untuk dihalau keluar dari bilik bacaan
Berpakaian serba ungu dari atas ke bawah, dan baru sedar yang agak melampau bilamana semua set pakaian, beg, cover tab adalah dari warna yang sama.

Mata berpinar-pinar. menghadap laptop berjam-jam lamanya.
Dan timbunan kertas tu masih menggunung lagi untuk diselesaikan.
Haih. Rasa nak ketuk kepala kat meja ni.
Pengurusan masa untuk sem ni sungguh gagal. padahal sem inilah yang paling kritikal sekali.
Mencongak-congak semuanya di dalam kepala, OMG! minggu depan sudah minggu ke lapan dalam taqwim akademik UTM..

*bunyi cengkerik bersahut-sahutan*

Sudahlah.
Mari bertenang dan selesaikan satu-satu.
Muslim itukan tersusun urusannya? T_T
*****

Kejap.
Tiba-tiba teringat pesan murobbi
katanya..

"Dakwah memang no satu, tetapi study bukan no dua.."

Dah azan. Bai!

*jangan nangeh